Ahad, 30 Januari 2011

"The Most Memorable Moment Contest"



Sesuatu yang perlu dikongsi demi untuk terus mengikuti ingatan ini..





Bagaimanakah contest ini akan dijalankan:
 
Anda perlu upload sekeping gambar yang bertemakan
"The most memorable moment"
Tak kiralah samada ianya dalam mod sedih, gembira, menyayatkan hati dan sebagainya
Yang memberikan erti yang cukup bermakna buat hidup anda
Dan meninggalkan kenangan yang pasti sukar untuk dilupakan

Di bawah gambar tersebut pula perlu disertakan nukilan
Yang berkaitan dengan "the most memorable moment" tersebut
(Mengikut kreativiti masing-masing)
Tulislah dari lubuk hati yang ikhlas
Sebagai penzahiran rasa yang cukup mendalam
 



Syarat-syarat untuk menyertai contest ini:
 
Terbuka kepada semua blogger dalam dan luar negara
Contest ini bermula mulai jam 0900 malam 24 Januari 2011
Dan berakhir pada jam 0900 malam 06 Februari 2011
Keputusan in sya Allah akan diumumkan
pada jam 0900 malam 09 Februari 2011
Hanya satu gambar sahaja yang akan dipertandingkan
Anda perlu menjadi salah satu subjek di dalam gambar tersebut
Perlu disertakan banner contest di atas
di dalam entri penyertaan anda
Banner contest tersebut perlu dilinkkan ke entri ini
Tinggalkan link entri penyertaan anda
pada bahagian komen di bawah entri ini
Jenis kamera bukan menjadi syarat
Anda juga boleh melakukan
photo modification pada gambar yang dipertandingkan
(Namun, ia tidak termasuk di dalam elemen pemarkahan)
Teknik "super impose' adalah dilarang sama sekali
Pemarkahan akan diambilkira berdasarkan
gambar yang cukup memberikan erti
Dan nukilan terbaik yang disisipkan bersama-sama gambar tersebut
Itu sahaja!



Hadiah yang ditawarkan :

Tempat pertama - bahan bacaan bernilai RM50
Tempat kedua - bahan bacaan bernilai RM30
Tempat ketiga - bahan bacaan bernilai RM20

Lumayan kan jadi ape lagi jom sertai contest ini 


Ini adalah memori nukilan hati yg tidak akan aku lupakan..

 
Lokasi : Kem Wilderness Pulau Tuba,Langkawi
Tahun : 2008

Hanya gambar ini sahaja yang masih jelas untuk aku kenang waktu manis persahabatan yang kami jalankan di kem ini. Kala waktu masing-masing mula bertemu,semuanya berpaling menidakkan perjumpaan ini. Namun entah apa yang menyedarkan. Kami semua bersatu,demi mencapai matlamat kami di sini. Meskipun begitu,tali persahabatan mulai terjalin. Sehingga waktu perpisahan,rasa berat untuk ditinggalkan,dengan kejauhan sempadan negeri yang memisahkan perjumpaan ini. Namun hanya sebahagian dari kami yang aku dapat rapatkan..dan jika ada yang masih mengingati jelas aku dan yang lain menanti persahabatan kita masih seperti dulu,
SAHABAT!!
SAHABAT!!
SAHABAT!!
SAHABAT!!
SAHABAT!! 

Kiasan puisi hati buat kamu sahabat demi persahabatan ini...dan akan tiba masa untuk kita bersatu kembali..pasti. =)

Untuk waktu itu,
Aku titipkan titis-titis rindu yang salju,
Melitupi hati yang sedang-kala keruan
pada kisah-kisah yang diungkap 
minda ini,
Ya ALLAH,
Ya Rahman,
Hanya padaMU persahabatan ini bisa
kekal,
Akan setiap waktu itu,
Tangan menadah dan berdoa,
"Jiwa ini mula di cinta-cinta,
Untuk segala nafas yang memohon." Kerna KAUlah pemberi segala
bagi setiap wajah
yang menggambarkan cahaya rindu ini.

Aku mampu meluahkan rasa hati melalui puisi sahaja..kerna aku tahu ia bisa dibaca dan dilihat..jua ia seakan menulis di jiwa kalian, sahabatku!!